Maklumat Sijil Kolej Komuniti Berterusan - SKK (T)

MAKLUMAT AM

Maklumat Program
Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Dijalankan secara sepenuh masa dan secara semesterTempoh setiap semester adalah 4 bulan.


Apakan menariknya program ini?

  • Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
  • Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
  • Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
  • Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
  • Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
  • Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran

 

Kursus Tawaran di bawah SKK (T)

  • Sijil Animasi 3D

Syarat Kemasukan:

  • Warganegara MALAYSIA
  • LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV) atau setara dengan

Tempoh Pengajian:

  • 20 bulan

 

Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian adalah selama 20 bulan.

 

Golongan sasaran:

Pelajar Kolej Komuniti di peringkat sijil dan diploma.

 

Syarat-syarat:

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • Pelajar disyaratkan menandatangai perjanjian tetapi tiada syarat kontrak berkhidmat dengan kerajaan;
  • Pelajar perlu mengemukakan seorang penjamin;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja yang lain; dan
  • Pelajar perlu membayar balik pinjaman selepas 6 bulan tamat belajar.

 

Kaedah Permohonan:

Pelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing. Pertanyaan lanjut sila berhubung dengan penyelaras biasiswa Kolej Komuniti Teluk Intan iaitu En. Mohd Shahrul Izwan bin Ibrahim.